PENGENALAN

Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) mula dilaksanakan pada tahun 1975.  SPBT merupakan satu program pinjaman buku teks kepada murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.  Pemberian pinjaman buku teks dilaksanakan mengikut Dasar Kelayakan SPBT yang telah diluluskan oleh Jawatankuasa Kabinet.  Dasar Kelayakan ini digunakan untuk menentukan sama ada seseorang murid itu layak atau tidak layak menerima pinjaman buku teks SPBT sebagaimana yang digunakan pada borang SPBT 1.

Program SPBT asalnya dilaksanakan bertujuan untuk meringankan beban kewangan yang ditanggung oleh ibu bapa atau penjaga yang kurang mampu dan memastikan murid daripada keluarga yang kurang mampu tidak tercicir dalam persekolahan mereka. Namun, bermula tahun 2008, kerajaan Malaysia telah memberi bantuan  pinjaman buku teks kepada semua murid yang bersekolah di sekolah kerajaan tanpa mengira  taraf kewangan keluarga. Justeru, keadaan ini menjadikan tanggungjawab unit SPBT bertambah berat bagi memastikan setiap buku diproses dan  diagihkan kepada semua murid di SMK Batu Maung.

BILIK SPBT SMKBAMA

GAMBAR-GAMBAR AKTIVITI UNIT SPBT SMKBAMA