Sistem Sahsiah Diri Murid (SSDM) adalah salah satu modul yang berada di bawah Modul Pengurusan Murid. SSDM bertujuan untuk membentuk sahsiah dan jatidiri murid agar mengamalkan nilai-nilai murni dan pekerti mulia di dalam kehidupan seharian. SSDM ini berkait rapat dengan APDM.

Amaaln baik juga akan direkodkan ke dalam SSDM. Contoh amalan baik adalah memungut sampah di dalam kelas, membantu rakan dalam kesusahan, membersihakn dan mengemas meja guru dan banyak lagi.

SSDM ini bertujuan untuk merekod salahlaku pelajar ketika berada di sekolah.Dengan rekod ini, semua pihak yang berkenaan dalam mengakses data salahlaku pelajar bagi tujuan mengawal dan mengatasi masalah disipin di kalangan murid.

Fungsi Utama SSDM Adalah;

  • Merekod kes-kes salahlaku murid
  • Menyimpan perincian maklumat murid dan sekolah
  • Menjana dan memaparkan laporan statistik salahlaku
  • Menjana surat amaran ponteng mengikut tahap

LOGIN SSDM ONLINE

Untuk login ke dalam SSDM, klik butang di bawah ini :

Masukkan ID pengguna dan kata laluan. Kemudian klik masuk.

TERLUPA KATA LALUAN

Jika terlupa kata laluan, mohon hubungi pegawai disiplin mengikut negeri masing-masing. Lihat senarai ini.

HUBUNGI SSDM

Jika anda ada masalah berhubung SSDM, boleh hubungi pihak SSDM pada maklumat berikut:

UNIT DISIPLIN
SEKTOR HAL EHWAL MURID
BAHAGIAN PENGURUSAN SEKOLAH HARIAN
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAS 3 & 4, BLOK E2,
PARCEL E,
62604 PUTRAJAYA
Tel : 03-88849339 & 03-88849451

CARA EMEL ADUAN / MASALAH

1. Nyatakan nama,no telefon dan dari sekolah mana
2. Nyatakan butiran ‘error’ atau ralat sistem berlaku
      seperti (tarikh,masa,bagaimana masalah terjadi)
3. ‘Print screen error’/ralat dan emelkan aduan dan dokumen tersebut ke alamat emel ssdm@moe.gov.my

SENARAI MANUAL SSDM

Ini pula adalah senarai manual pengguna yang boleh anda download bergantung kepada anda pengguna yang mana satu.Klik sahaja fail di bawah ini;

1. Manual Pengguna – SekolahManual untuk penggunaan Ssistem Sahsiah Diri Murid online bagi tahap pengguna Sekolah (.pdf)
2. Manual Pengguna – PPDManual penggunaan SSDM online bagi tahap pengguna PPD (dalam bentuk pdf)
3. Manual Pengguna – JPNManual penggunaan SSDM online bagi tahap pengguna JPN (dalam bentuk pdf)
4. Manual Pengguna – BPSHManual penggunaan SSDM online untuk tahap pengguna di Kementerian, iaitu Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (dalam bentuk pdf)
5. Slide Latihan Pengguna SekolahSlide manual penggunaan SSDM online dalam bentuk powerpoint