APAKAH PBPPP

PBPPP adalah penilaian yang memberi fokus kepada penilaian dan pembangunan kompetensi, potensi dan keberhasilan berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira kepelbagaian bidang tugas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP). Log masuk ePrestasi KPM

Penilaian ini juga merupakan suatu penilaian berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) berdasarkan standard prestasi yang telah ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013 –2025.

PBPPP memberi fokus kepada elemen:

  • Kompentensi
  • Potensi
  • Keberhasilan Ia berasaskan Gred dan Jawatan, serta mengikut konsep berasaskan bidang tugas dan tempat bertugas.
  • Penilaian ini diwujudkan berdasarkan Anjakan 4: Transformasi keguruan sebagai profesion pilihan berasaskan kompetensi. Anjakan 5: Kepimpinan berprestasi tinggi, dengan memperkukuh kriteria pemilihan dan proses perancangan dan penggantian bagi pengetua dan Guru Besar mulai 2013.

Terdapat lima kategori kumpulan dalam komponen fungsional berasaskan bidang tugas iaitu PdP, PT (A), PT (B), Fasilitator dan Jurulatih.

Log Masuk ePrestasi KPM

Sistem e-Prestasi dibangunkan bagi pelaksanaan PBPPP dan boleh dilayari melalui laman sesawang berikut ( Klik Log Masuk ) :