Muka Hadapan Laman Sesawang SAPSNKRA.

SAPS Ibu Bapa: Semakan Keputusan Peperiksaan SAPSNKRA 2021

SAPS Ibu Bapa merupakan aplikasi yang diwujudkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk menjadikan laporan markah peperiksaan pelajar lebih teratur. SAPS merupakan singkatan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah.

Para guru mempunyai akses untuk memasukkan markah ke dalam aplikasi SAPS. Manakala para ibu bapa pula boleh membuat semakan prestasi markah anak-anak melalui sistem SAPS Semakan Ibu Bapa.

SAPS Ibu Bapa: Semakan Slip Keputusan peperiksaan

Kepada ibu bapa, jika anda ingin membuat semakan keputusan peperiksaan anak anda, boleh terus klik pada butang yang tertera di bawah ini:

SEMAKAN KEPUTUSAN DI SINI (KLIK LINK INI)

Paparan SAPS Ibu Bapa

Langkah untuk membuat semakan adalah;

  1. Masukkan nombor sijil lahir ataupun kad pengenalan pelajar. Pastikan memasukkan tanpa tanda (space) ataupun sengkang.
  2. Kemudian, masukkan maklumat pelajar dan sekolah terkini ataupun sekolah sebelum ini jika ada.
  3. Pastikan negeri, daerah dan nama sekolah adalah betul anda masukkan.
  4. Klik semak.
  5. Kemudian, keputusan peperiksaan anda akan dipaparkan

SISTEM ANALISIS PEPERIKSAAN SEKOLAH – SAPS

Bagi para guru pula, jika anda ingin mengakses SAPSNKRA untuk memasukkan markah peperiksaan anak murid anda, bolehlah klik butang tertera di bawah ini:

Masukkan ID pengguna dan juga kata laluan anda di dalam ruangan yang diminta.

Selepas itu, klik login. Maka anda bolehlah mula untuk key in data markah peperiksaan pelajar mengikut subjek yang anda ajar.