1. PENDAHULUAN 

Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Maung sudah memasuki edisi ke-19 pada tahun ini. Seiring dengan ini, besar harapan dapat melahirkan bakat-bakat sukan yang terbaik dan mampu bersaing di peringkat yang lebih tinggi. Justeru itu, penganjuran kejohanan ini menjadi medium terbaik untuk mengumpul dan menyaksikan bakat-bakat terbaik dari seluruh murid bersaing merebut kejayaan dan seterusnya mencapai kelayakan yang digariskan untuk dibawa ke peringkat yang seterusnya. Persaingan yang sihat dalam jalinan setiakawan dan ukhuwah menjadi intipati kepada kejayaan SMKBAMA. Semua murid disaran untuk sama-sama mengemblengB  . tenaga dan kepakaran ke arah kejayaan rumah sukan masing-masing.

  • OBJEKTIF
    • Sebagai wadah pertandingan yang memberikan peluang kepada seluruh warga murid SMKBAMA menunjukkan bakat dan kebolehan dalam acara yang disertai.
    • Mencungkil bakat-bakat baru untuk diketengahkan sebagai pelapis dan akhirnya mampu ke peringkat yang lebih tinggi.
    • Menjadi medan rasmi pemilihan atlet yang akan dipilih untuk membawa cabaran sekolah ke kejohanan peringkat yang lebih tinggi.
    • Memberi pendedahan dan memupuk semangat kerjasama antara satu sama lain dalam kalangan pelajar.
    • Memberi peluang kepada murid untuk menggunakan pengetahuan yang dipelajari daripada permainan.
  • SASARAN DAN KATEGORI

Semua murid bagi setiap kategori berikut:

  1. Kategori Lelaki Bawah 15 Tahun
  2. Kategori Lelaki Bawah 18 Tahun
  3. Kategori Perempuan Bawah 15 Tahun
  4. Kategori Perempuan Bawah 18 Tahun
  • MASA DAN TEMPAT

Kejohanan ini telah diadakan seperti ketetapan yang berikut:

Tarikh : 30 Ogos 2022 (Selasa)

Tempat : Stadium USM

Masa : 7.30 pagi – 1.00 tengah hari

Barisan Hakim menghakimi pertandingan perbarisan
Bacaan Ikrar oleh Ketua Pengawas
Gimik perasmian Sukan Tahunan oleh YB Zolkifli bin Mat Lazim
Perbarisan Rumah Waja
Perbarisan Rumah Juara
Perbarisan Rumah Satria
Perbarisan Rumah Wira
Barisan VIP dan tetamu jemputan
Acara Lompat tinggi
Acara Lontar Peluru
Acara Lompat Jauh
Acara Balapan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *