Diadakan pada 20/09/2022 (Selasa) bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Batu Maung dan telah dihadiri oleh waris dan pelajar Tingkatan 5 Avicenna pada pukul 11.00 pagi – 12.15 tengahari. Majlis dipengerusikan oleh En. Mohd Nafir B. Adam Sahib selaku Pengetua SMK Batu Maung. Pembentangan berkenaan prestasi sekolah serta program-program yang telah dan akan dilaksanakan oleh Unit Kurikulum telah disampaikan oleh PK Pentadbiran.  Selain itu, antara perkara yang telah dibincangkan adalah berkenaan hala tuju yang ingin dicapai oleh pihak sekolah dalam aspek akademik serta masalah dan kelebihan yang dihadapi oleh para pelajar 5 Avic bersama-sama pihak waris serta kaunselor dan guru tingkatan. Semasa Majlis Aku Janji, para pelajar dibekalkan bersama-sama ‘score kit’ yang mengadungi markah pencapaian akademik semasa serta sasaran yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah untuk dicapai dalam Peperiksaan SPM 2022. Pelajar menandatangani Aku Janji yang telah diedarkan dihadapan waris.

Surat dan Kad Jemputan Kepada Pihak Waris

Majlis Aku Janji Di Hadapan Waris Pelajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *