Telah diadakan pada 05/07/2022 (Khamis) bertempat di Bilik Mesyuarat SMK Batu Maung. Program ini telah dihadiri oleh semua guru tingkatan lima dan ketua panitia subjek masing-masing.

Objektif program:

  • Memastikan semua panitia berada dalam landasan yang betul bagi mencapai sasaran ETR SPM 2022 yang telah ditetapkan
  • Mengenalpasti isu-isu yang menghalang kemajuan dan menganalisis data untuk menentukan punca isu tersebut
  • Menyediakan forum untuk membincangkan cara bagi mengatasi halangan dan perkongsian amalan terbaik
  • Mengemukakan isu-isu yang perlu ditangani kepada pihak pengurusan yang lebih tinggi

Panitia yang terlibat dalam pembentangan sesi pertama dialog prestasi pada kali ini ialah panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Pendidikan Islam. Pembentangan dibuat dengan menggunakan headcount tangga panitia masing-masing. Keempat-empat panitia ini membentangkan program intervensi yang sedang dan bakal dilaksanakan untuk mencapai etr yang disasarkan bagi calon Peperiksaan SPM 2022.

Headcount tangga panitia
Pembentangan daripada Ketua Panitia Matematik, Pn. Roshazira Bt Hasni@Abdullah
Pembentangan daripada Ketua Panitia Bahasa Melayu, Pn. Nur Hazwani Bt Mahmud

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *