Majlis ini diadakan pada 16/06/2022 (Khamis) sempena penyerahan keputusan peperiksaan SPM 2021 kepada bekas pelajar tingkatan lima sesi 2021/ 2022. Majlis ini bertujuan untuk memberikan penghargaan kepada pelajar atas usaha mereka selama ini bagi memperoleh keputusan yang cemerlang. Selain itu, majlis ini memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar lain untuk berusaha dengan lebih gigih lagi agar dapat memperoleh ganjaran seperti rakan mereka yang telah berjaya. Antara tetamu yang telah hadir untuk meraikan kejayaan para pelajar SPM sesi 2021/ 2022 ialah En. Sohire B. Yusof (Ketua Pen. Pengarah Unit HEM, Sektor Pembangunan Murid, JPNPP), En. Feroz Sham B. Rambli (Pen. PPD Unit Pendidikan Khas PPDBD), En. Khairul Nizam B. Din (YDP PIBG) serta Pn. Salawati Bt Hamzah (NYDP PIBG).

Ucapan aluan dan pengumuman keputusan Peperiksaan SPM 2021 oleh Tuan Pengetua, En. Mohd Nafir B. Adam Sahib
Tetamu jemputan
Kehadiran pihak waris dan pelajar SPM 2021
Bekas calon SPM 2021
Penghargaan kepada Pelajar Terbaik Keseluruhan SPM 2021, Rashmmika A/ P Thayalan yang telah berjaya memperoleh 8A
Penghargaan kepada bekas calon SPM 2021 yang telah berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang
Penyerahan keputusan peperiksaan oleh guru kelas tingkatan lima

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *