Program ini diadakan pada 02/11/2022 (Rabu) bertempat di Dewan SMK Batu Maung. Objektif program ini adalah untuk mewujudkan perbincangan dua hala dan proaktif antara pelajar dengan guru serta pihak waris dalam perkembangan akademik pelajar. Taklimat ringkas berkenaan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) diadakan sebelum sesi perjumpaan antara guru dan pihak waris. Ini bertujuan untuk memberi sedikit gambaran ringkas dan pendedahan kepada pihak waris berkenaan jenis pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah pada ketika ini.

Ketibaan tetamu jemputan
Ucapan daripada wakil Bank Muamalat Bayan Baru
Ucapan aluan daripada Tuan Pengetua, En. Mohd Nafir B. Adam Sahib
Taklimat Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) oleh Penolong Setiausaha PBD, Cik Anis Syakira
Cenderahati daripada pihak sekolah
Perjumpaan pihak waris dan guru tingkatan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *