Majlis Watikah Pelantikan Pemimpin Muda SMK Batu Maung telah dijalankan pada 25 Mei 2022 di Auditorium Aquarium Tunku Abdul Rahman (Batu Maung). Seramai 110 orang pelajar terlibat yang terdiri daripada 60 orang Pengawas Sekolah, 30 orang Pengawas Pusat Sumber (PSS) dan 20 orang Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Majlis telah dirasmikan oleh Cik Marjorie Anak Charam, Pegawai Penyelidik FRI Batu Maung iaitu Penolong Pengurus AkuaTAR.

Kursus Kepimpinan Pemimpin Muda telah dijalankan setelah selesainya Majlis Watikah Pelantikan. Kursus Kepimpinan tersebut telah dikendalikan oleh Prof Dr Anees Janee Bin Ali iaitu Pensyarah daripada Pusat Pengajian Pengurusan USM Pulau Pinang.

Bacaan Ikrar diketuai oleh Ketua Pengawas Sekolah.
PRS Sekolah

Leave a Reply

Your email address will not be published.