Pada 26 Julai 2022, satu perjumpaan telah diadakan oleh PPD Barat Daya bersama Tuan Pengetua dan Ketua Polis Pulau Pinang yang bertempat di Balai Polis Bayan Lepas.

Program Retreat Ketua Polis Pulau Pinang bersama PPD Barat Daya dan pengetua sekolah daerah Barat Daya bertujuan untuk mewujudkan jaringan perhubungan dan kerjasama antara PDRM Pulau Pinang dengan PPD Barat Daya bersama pengetua-pengetua sekolah dalam daerah Barat Daya, di samping membincangkan masalah disiplin pelajar seperti penyalahgunaan dadah, kesalahan lalu lintas, budaya lepak, serta lain-lain masalah yang melibatkan pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published.